~~Kempen Istimewa~~

Friday, January 16, 2009

Mendung dan Murung

Ahai kawan2 ku kebelakangn ni cuaca kat sni asik mendung je kan..
sejuk ker rase..ngantok pon ade...dah nak wat cmne musim hujan kat Terengganu nie blum habis lg...sabar2 lah menunggu matahari muncul semula..bagi menyinari hidup kite smula...
kain pon leh jer cepat kering kalau di basuh...heheh..klo di tempat kite sebelah barat mesti da berpanas-panasan plak..

Em..kadang2 hari yang mendung nie bleh juga mendatangkan kemurungan kepada manusia...betul ker?? heheh...
sebenarnye kalini aku tertarik dengan perkataan kemurungan...
Kawan2 sebelum ni pernah x berasa diri dalam keadaan murung,sedih atau gangguan perasaan..
(emm..macam aku kekadang tue ade jd jugak kot time bila ku namakan Jiwa Kacau..hehe..tapi sekejab jer la x lame..)

Setelah membace artikel2 yang ade di web2 barulah faham ape sebenarnya arti kemurungan itu sendiri...Untuk lebih memberi kefahaman kepada kawan2 sekalian cubalah bace sedikit simpulan di bawah ini:



  • Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

  • Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.
  • Simtom Kemurungan :
    >Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
    >Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
    >Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
    >Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
    >Perasaan bersalah dan tidak berguna
    >Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
    >Hilang selera makan dan penurunan berat badan
    >"Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
    >Rasa tidak tenteram dan mudah marah
    >Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
    >Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman
  • BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :
    >Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
    >Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
    >Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
    >Jangan menyalahkan diri anda keran lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
    >Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.

Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.



Ahaaa oleh itu kawan2 sekalian kena ambil penting juga tentang hal ini...Kena kenal pasti sendiri sama ada diri kawan2 sendiri pernah mengalaminya atau tidak...dan bukan itu sahaja kenal pastilah keadaan di sekeliling samaada sahabat2,member2, adik-beradik di dalam family yang mempunyai simtom2 kemurungan ini...Jika ada bagilah support n sokongan seperti yang telah di nyatakan di atas.....Jangan la plak nak sisihkan atau ape...

aha itu sahaja la topik yg aku rase best jer tuk cakap kat blog nie n nak kongsi dengan kawan2 sekalian...klo ade sebarang komen or bantahan sile2 la commen yer heheh....suma bahan2 n ayat2 kat atas telah di petik dri web nie...

http://members.tripod.com/haizam/kesihatan/kemurung.htm

Kalau nak lebih paham usha la sendiri kat web tue..aku hanya meminjam sahaja suma ayat diatas....wokeh hope suma xkesah dgn topik nie...nanti klo ade pepe aku post lg..ceh macam pakar motivasi plak hahah pengaruh KMN r nie...k2 jer...daaaa..


Yang Ikhlas,


[^_^]..KipaSusaMati..d0-0b

No comments: