~~Kempen Istimewa~~

Sunday, April 5, 2009

reminder untuk diri sendiri juga.

benda yang dah lama main dalam kepala.
asyik terfikir je.
tangan pun dah gatal nak menaip.
masa nak luah semua.

pasal tomodachi. friends. kawan.
benda yang cakap sampai bila pun tak ada hujungnya.

bagi aku..kawan tu tersangat la subjektif.
macam2 boleh dikaitkan dengan kawan.


ok. mula2.
nak kawan, dengan siapa kau nak kawan pun boleh.
pilih je siapa2.
yang sebaya or age range kau je.
budak kecik umur 7-12 tahun ke.
yang besar dah taraf veteran macam parents kau pun kau boleh kawan.
pastu..
orang ape.. melayu, cina, india, orang putih, orang itam, orang iban, orang indon.
lelaki ke perempuan. separuh2 pun ada. pilih je.
kawan alam cyber pun lagi la ramai kan.
kau add je dia.
chat kejap. borak2 sikit. dah jadi kawan. kan?
pendek kata... senang gila nak dapat kawan.

but
maybe ada yang cakap
yang tengah bahagia tu
"kawan nak buat apa? buah hati pengarang jantung aku kan ada"
or tak pun...yang emo banyak tu
"aku tak ada kawan. i'm alone. all alone"


watdefish. dalam sepanjang kau hidup.
takkan takde sorang pun yang lekat jadi kawan kau.
kan?

dari zaman kau kecik lagi sampai la sekarang.
macam2 phase kau went through.
sekolah rendah.
sekolah menengah.
matric
uni.
mesti setiap kelompok tu kau ada kawan yang lain2 kan?
mesti macam2 jenis punya kawan pun kau jumpa kan?

tapi apa sebenarnya definisi kawan tu pada kau?
pernah kau terfikir?

kawan tu ... sama2 main time kecik2 dulu?
kawan tu ... member lepak2?
kawan tu ... member sekolah?
kawan tu ... room mates kau?
kawan tu ... rakan sekuliah kau je?
kawan tu ... yang selalu tumpangkan kau bila kau nak ke destinasi yang sama?
kawan tu ... sekadar pada nama?



apa kawan tu pada kau?
sekuat mana unsur kawan tu dalam diri kau?
setiakawan kau?
niat kau?

mungkin ada yang nak kawan sehidup semati. bestfriend. BFF. sahabat.
sayang bangat sama kawan. sangat bergantungan sama kawan.
sama2 gembira. sama2 duka.
sama2 susah. sama2 senang.
sama2 jatuh. sama2 bangun.
semua pun nak sama2.
u jump i jump.
alhamdulillah. baguslah.

tapi
mungkin ada yang kawan kat mulut je.
dalam hati? belakang2?

"alaa..yu ni macam tak tau pulak. ai kawan with her cos she's famous je*sambil menayang handbag baru*"
or
"aku rapat dengan dia sebab dia selalu buat assignment. boleh aku tiru.hee *tersipu2*"
or
"dia kaya doh. banyak duit. selalu belanja makan.haha*gelak haloba*"

friend for benefit, kawan time senang, susah cari kawan lain yang lagi senang?

kawan yang tikam2 belakang kau?
yang kau percaya habis2an. semua kau luah kat dia.
tapi tau2...ada orang cerita kembali 'cerita kau' tu. dengan versi yang berbeza2 plak lagi.

kawan yang depan kau baik gila nak mam tapi belakang kutuk kau baik punyeee?
kawan yang annoying-gila-tak-sayang-mulut-laser-cakap-ikut-suka-hati?
atau kawan yang tinggalkan kau terkontang kanting tak tau salah ape?

nak cakap pasal kawan macam ni..memang banyak gila siap boleh buat satu kitab tajuk
"perangai kawan yang pelik-pelik". silap2 bole buat jilid 2 nanti.
tapi...
kau tak boleh nak salahkan orang 100% lain kalau kau kena macam tu.
senang2 je kau nak judge orang?
unless la kau ni angelic gila langsung tak pernah buat satu butir salah pun kat orang.
tu memang layak la. tapi kalau tak...?

cuba fikir balik.
ikhlas ke kau kawan dengan dia?
jujur ke kau bila dengan dia?
betul kau kawan sebab nak berkawan?
betul ke cara kau berkawan ni?

memang la kadang2 celanya bukan pada kita. pada mereka.
tapi sejahat mana pun dia...kawan kau kan?
tak cantik mana pun dia...kawan kau kan?
tak pandai sangat pun dia...kawan kau kan?
itu baru luaran.
yang dalaman?
memang susah nak tau.

jadi kalau kau rasa kau ni layak nak jadi kawan
kawan dia
kawan mereka
mainkan peranan kau

kau rasa dia salah...kau nak betulkan?
kau tegur? kau biar?
dia tak nak dengar?
kau nak paksa? ke kau nak ikut dia?
kalau tu salah dia dengan yang di atas sana, serah saja pada Dia.
doa2kan sikit apa yang patut.


tapi tu la.
bab tegur2 ni...susah oh.
bukan semua yang terlintas dalam kepala boleh diluah.
takut yang mendengar tak boleh terima.
kalau misunderstood tu lagi bahaya.
sensitiviti orang kena jaga.
kau rasa ok..pada dia mungkin tak ok.
pada kau tak betul..mungkin pada dia betul je.
tapi kalau dia dah terasa tu.
terus
"aku sentap dengan kau. kau jangan tunjuk muka depan aku lagi"
heh. nama pun manusia. emosi kena lebih.
dah jadi macam tu. jangan la buat bodoh je.
sorry tu ada. free je. pakai la. tak marah nye dia pakai banyak2.
nanti hilang kawan kau lagi satu.

aku cakap pasal ni bukan la nak betulkan kau ke apa. aku pun tak betul.
bukan nak cari gaduh. tak suruh jugak kau setuju dengan aku.
bukan jugak nak paksa kau kawan orang bagus2 je. tak suruh pun.

tapi pada kau yang peduli mungkin ada rasa nak muhasabah diri sikit.
kalau rasa dah betul. bagus.
kalau tak. sendiri fikir.
taknak fikir pun takpe. tak paksa.

aku cakap sebagai kawan.
pada kau.
pada kawan aku.
pada kawan kau.
semua yang pernah, sedang dan selamanya akan main watak sebagai kawan.
pusing keliling dunia mana pun. benda ni jugak yang akan jadi sebahagian dari hidup kau.
apa salahnya kau appreciate kawan2 kau sementara diorang still ade kat sekeliling kau tu.
jangan take them for granted.

pada yang tak suka, terasa, menyampah dengan entri ni.
sorry. ni cuma one side opinion.
kau rasa nak tambah opinion kau. silakan.

jadi ... renung2kan dan selamat beramal.

haha.
...........................................................................................................................

tiba-tiba.
aku rindu sangat pada ni

kau tak rindu ke? *kau disini merujuk pada mereka yang dalam gambar sahaja ye*

untuk kau juga. maybe yang keluar dari mulut aku tak berguna. tapi aku ada bahu. aku ada telinga. aku boleh tadahkan untuk kau. kalau kau mahu. :) *dalam bahasa melayu memang rasa macam jiwang kan? haha*


..::kuroneko::..

11 comments:

Kamen Rider said...

aku punya teman
teman sepermainan (ah! ah! ah!)
dimana ada dia selalu ada aku...


hehe..
teman yg baik utk org yg baik..
teman yg jahat utk go to hell!
wakakaa.. sekian.

happy4frenzs said...
This comment has been removed by the author.
happy4frenzs said...

eh eh bukan dlm gambo 2 ade aku kah??
ahaha..ak kot..??
Tapi post yg nie mmg berbau pedas n hot..
Pepe pon salah dan silap harap di maafi la sepanjang persahabat ini...
segala utang piutang, tersilap amik barang ka..terlebih blanja ka..
Harap HALALAN TOIBAN la...
huhu nk exam nie xmo sdh2 ek..

+ Kipassusamati +

ketamsungai said...

erk...
luahan ati c kucing itam meow2 kuroneko...
bg ak selg kwn 2 xbackstab mmbe kre okla...
ni klu asek mnyktkn ati n selfish baek ko xpyh kwn ngn die.. he3
btw ak pn bknye sorg kwn yg prfct..
ini adlah pndgn pribadi aj.. arap mklom..

ace_lanun said...

Wau...satu post yg agk bermakna...
bila bace post nie...teringkat kt hampir semua org yg penah bergelar kawan....aku termenung kejap..adakah aku mempunyai kwan y sbnrnye kwn...atau adakah aku sendiri pnh menjadi seorng kwn yg sejati???
......
Semua mejdi tanda tye...
.....
kepada mereka yang membaca post ini
....
bukak minda anda..tye hati anda...
adakah anda rakan..atau.(lu pikir la sendiri)
......
SALAM...

happy4frenzs said...

hattoi.
ni bkn entri sedih
bkn jugak berniat nak buat anda2 semua terasa.
sory sgt2.
mmg sume2 pon halalan toiban.
sory again
:)


..::kuroneko::..

Anonymous said...

hmm..
kawan?

what is kawan?..
kawan is nothing..

member baru betoi!
member more kamceng..
member more powerful..
hehe..

jie said...

erm a long but nice entry...
4 those yg penah alami,akan rasa la something,sedih or x,bergantung pada memasing la kan?
4 me,sume yg ada kat sekeliling 2 ialah kawan,dulu x matang sgt,ada la ilang2 kawan...nak wat macm mane kan...
rite now,kira da matang ckit la,da leh fikir,hargai kekwan yg ada,coz ntah sok lusa,kita leh ilang kawan,b4 gado2 besar kan,cuba ingat balik kenangan b4 belom gado,4 sure ati leh sejuk lolz

Kamen Rider said...

nk komen skali ag ni...

dlm berkawan ni..
boley nk gurau2...

tp berpada-pada la ye..
tgk atas membe jgak.
kalu da dia jenis emo 100%,
bek xyah gurau lebih2.
kalu yg jenis xkisah sgt,
yg tu xpe nk gurau2 pon.

tp bg yg emo 100% ni,
jgn la terover sgt kutuk org ye.
sbb time org kutuk dia ni,
dia terus emo 100%..
xadil la kan. huhu.

so beringat2 n
renung2 kan... peace!! :D

Syalily said...

apo ko panjang bona la entry ni.. nasib la best..

secara jujurnya aku hanya baca yang atas.. pastu akhir.. lepas tu.. baru keatas balik :D

teruskan post..

p/s: bukak la comment setting untuk orang yang tak de google id.. ramai sket leh komen.

9W2HRZ said...

stuju dengan post ni