~~Kempen Istimewa~~

Saturday, September 12, 2009

:bisikan dalam hati:

Bisikan hati:
dalam hati ada sayang
walau tak tahu mencerminkan sayang
kepada yang disayang.
yang disayang tak tahu.
lalu ia menjadi sayang seribu kali sayang.
~payungchenta~

Tiba2 teringat pasal email yang penah saya dapat dulu. Cerita pasal balang mayonis dan 2 cawan kopi.eh.jap.jap.err..kalau tajuk kenelah letak camni " Balang Mayonis Dan Dua Cawan Kopi" kan?kan?(apekah?haha).okay maybe saya patut memendekkan yang panjang tapi tak tahulah korang faham ke tak cerita yang telah dipendekkan ini eh.tu pun panjang.ter'rajin' plak nak buat entri panjang.huhu.(ini karangan bahasa melayu ye kawan2:)) sape tengah penat tu jangan bace cari mase lain.nanti lagi penat:p


"Ade sorang Prof (takpelah korang bayangkanlah prof yazid ke,sape2lah yang korang ingat) kat dalam kelas yang ade student.okay.(bayangkan korang student tu.sekarang.haha) prof tunjuk satu balang mayonis yang besar dan isi dengan beberapa bijik (3 kot) bola golf. (sekarang bayangkan pulak besar mane balang ni) pastu prof tanye "Balang ni penuh tak?" pastu satu kelas jawab "Penuh!".Pastu,prof amek pulak sekotak batu kerikil then masukkan ke dalam balang mayonis yang ade bola golf tadi. Kacau hingga sebati *erk..bukan2 maksudnya goncang pelan2 sampai memenuhi ruang kosong yang ade kat tepi2 bola golf tadi.Pastu prof tanye lagi.balang penuh tak?Pastu lagi semua jawab penuh.Pastu prof amek pulak sekotak pasir dan isi kat dalam balang yang same tadi.(*eh.jap.penat.sile kire berapa perkataan pastu sekarang.eleh asek2 nak mengira perkataan.basi..*sambil tutup idung*)Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.Ditanya sekali lagi balang ni penuh tak?semua student macam biasa jawab penuh(rasenye kalau betul2,mesti ade student yang da tetido time ni:p)okay.pastu pulak,prof amek secawan kopi dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi tadi,then menggoncang balang tu.Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir.okay2.cerita ni cakap semua student gelak2 before prof explain.(korang gelak ke?tak lawak pun.) Then,prof start cakap."Saya nak anda sume anggap balang ini sebagai kehidupan anda... (erm..yang bawah tak reti nak pendekkan camne.)


  1. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga, kesihatan, kawan-kawan dan semangat kite(Jika kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih ada, hidup anda masih penuh.)
  2. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara- perkara lain seperti kerja,assignment, rumah/kereta(harta), manakala
  3. Pasir pula mewakili perkara-perkara lain,(perkara-perkara kecil yang remeh)." "Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf.
    Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..." then,sorang student angkat tangan dan tanya apa yang diwakili oleh air kopi. Prof senyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."
[Renungan untuk semua]
Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

ps:kalau bace betul2 mesti perasan saya letak secawan kopi saje disitu eventho tajuk ade 2 cawan.err..saya tak amek banyak kafein.secawan sudah mencukupi.terima kasih:p

2 comments:

happy4frenzs said...

1st!
hoyeh~

bes2
cite sgt menarik
sgt setuju jugak
:)


.:kuroneko:.

happy4frenzs said...

tahniah.ngeh3~
ingat da tamo maen copchop first2 ney:p
paham ek?bagusla.hee~

~payungchenta~