~~Kempen Istimewa~~

Wednesday, June 24, 2009

*istimewanya bulan ini*




heloo~
eh.ehem..

assalamualaikum..
hai kawan2..Tau tak sekarang ni dalam bulan islam dah pun masuk bulan Rejab.
Em.yup.Arini 24hb jun 2009.
bersamaan 1 Rejab 1430H..
So,nak cakap sikit pasal keistimewaan bulan rejab ni..kite kene la saling ingat mengingati.kan?klu nak lebih info pasal bulan rejab ni korang boleh google je:p hehe

*
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."




Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

*




payung☂chenta♥ : *gambar adalah sekadar hiasan * (^.^)

5 comments:

happy4frenzs said...

ye sme2 la kte menyemarakkan bln rejab ni..
insyaallah..

jie said...

tq 4 da info...ramai2 la kita berpose k..hehe

CiterMenariK said...

Salam..

info yang sangat2 MenariK'Sama-sama kita saling berpesan' manusia biasa memang ramai yang pelupa.. terima kasih krn mengigat kan'' sesamer la kiter berpuasa..

ajak kawan2 pose sesamer berbuka pon sesamer memang seronok'' emm.. salam sahabat dr Admin CiterMenariK..

N DONT FORGET KOMEN BACK MYPOST..

Anonymous said...

ko takleh main pakai jer hadis tu. kena check dulu hadis sahih ke tidak. Sebab kalo hadis tu hadis rekaan, ko akan berdosa sebab dikira bersubahat menipu atas nama Rasulullah.

happy4frenzs said...

to anony > semasa post entri ini. niat saya hanyalah untuk ingat-mengingati antara satu sama lain.
tiada niat untuk bsubahat,menipu etc.
maklumat yg ade saya cari di internet.
it's globally use by others oso.even kat email pun ade bg.